SEJARAH SRA KG MEDAN 2
Berkat kesungguhan dan inisiatif tokoh-tokoh masyarakat setempat, sebuah Sekolah Agama Rakyat telah ditubuhkan seawal tahun 70an. Iaitu pada 2.2.1970 yang diberi nama SAR Al-Huda dan hanya pada tahun 1975 barulah ia dinaiktaraf menjadi Sekolah Rendah Agama At-Tarbiatul Islamiah Kg.Medan yang diiktiraf dan bernaung di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pada peringkat awal hanya satu kelas sahaja yang digunakan untuk mengajar agama bagi murid tahun satu hingga murid tahun enam. Dengan menumpang sebahagian bangunan surau yang ada pada ketika itu. Apabila bangunan surau tersebut dinaiktaraf kepada masjid, barulah adanya pembinaan untuk membina bangunan sekolah dngan menumpang sebahagian tapak masjid untuk menjadi bangunan sekolah.
Kepadatan penduduk kawasan pinggir bandar ini dan kepesatan pembangunan materialnya perlu diseiringkan dengan kemudahan yang berbentuk pembentukan insaniah supaya generasi kanak-kanak terbimbing sihat fizikal dan mentalnya dan mutakhir ini masyarakat begitu perihatin akan fenomena ini.
Kampung medan yang terletak di batu 8, Jalan Klang Lama ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan sebahagian besarnya adalah majoriti masyarakat melayu yang beragama islam. Ini bererti permintaan kepada sekolah aliran agama meningkat tahun demi tahun.